Tuesday, 13 September 2016

HANGAT!! DR ARIANA DAHLIA AKUI SUDAH BERPUNYA!




Drama bersiri popular Sayangku Kapten Mukhriz yang melabuhkan tirainya baru-baru ini antara catatan terindah buat pelakon Niena Baharun selepas berjaya membawakan karakter Dr Ariana Dahlia dengan berkesan.
Malah, sejak drama itu bersiaran ramai mahu percintaan dengan heronya, Raja Afiq berpanjangan ke dunia realiti.
Pelakon berusia 23 tahun itu bagaimanapun menegaskan hubungan itu sekadar dalam kisah Sayangku Kapten Mukhriz. Di luar set penggambaran, hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja.
Menurut anak jati Kota Bharu, Kelantan ini dia sedia maklum Afiq sudah ada kekasih yang juga pelakon sepertinya.
“Hubungan kami memang rapat tetapi tidak lebih daripada kawan.
“Lagipun, saya sendiri sudah ada teman istimewa tetapi belum bersedia berkongsi dengan peminat,” kata Niena.
Bukan tidak mahu mendedahkan identiti jejaka yang bertakhta di hatinya tetapi menurut Niena buat masa ini cukup­lah sekadar orang tahu hati­nya sudah dimiliki.
“Dia memahami kerja saya. Kami jarang berjumpa kerana masing-masing terikat dengan komitmen kerja.
“Ahli keluarga pun sudah tahu hubungan kami. Selebihnya, biarlah saya simpan dulu,” katanya.
Biarpun dia dan Raja Afiq dilihat sebagai pasa­ngan sepadan, perkara itu tidak pernah dipandang serius.
Bagi Niena, sepanjang bergandingan dengan jejaka tinggi lampai itu dia berasa cukup senang dan selesa.
“Saya seronok bekerja dengan Afiq. Dia banyak bantu saya. Jika ada kesilapan, dia akan tegur begitu juga sebaliknya.
“Sepanjang berada di lokasi penggambaran, dia layan orang sekeling de­ngan baik,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Niena kini berjinak-jinak dengan bidang pengacaraan.
“Jika tiada aral melintang, saya bakal mengacara sebuah program dokumentari,” katanya yang baru selesai penggambaran telefilem Manja.-HMetro

No comments:

Post a Comment